Showing posts with label Fikir Agama. Show all posts
Showing posts with label Fikir Agama. Show all posts

Wednesday, December 23, 2009

Susah Nak Wat Dose....Senang Nak Wat Pahale

Susah Nak Wat Dose....Senang Nak Wat Pahale

Susahnya Nak Buat Dosa...

Kalau nak ke disko bukan murah.
Kurang-kurang kena bayar RM25 cover
charge.
Konon dapat free first drink.
Tapi yang dibagi air yang harga kat 7-
Eleven cuma RM1 je...

Senangnya Nak Buat Pahala...

Kalau gi masjid tu, free je.
Dah le takde cover charge,
minum free bukan first drink je.
Berkoyan-koyan pun boley.
Silap-silap dapat makan free lagi...

Susahnya Nak Buat Dosa...

Kalau nak berzina tu, bukannya semudah
ABC.
Susah. Nak sewa hotel (duit tu)...
Nak belanja awek tu makan (duit
lagi)...
Silap?silap kena tangkap basah.
Ha... Boleh masuk paper free.
Kalau majikan tau, boleh kena buang
keje. Laaagi haru...

Senangnya Nak Buat Pahala...

Kalau nak pose sunat tu, anytime,
anywhere.
Bangun pagi takde breakfast, terus
niat pose.
Dapat dah pahala.
Bukan setakat dapat pahala, siap dapat
jimat duit lagi.
Pose tu kan boleh kekang nafsu.
Cume tak masuk paper je.
Tapi insyaAllah masuk syurga.
Laaagi best!

Susahnya Nak Buat Dosa...

Mengumpat tu best kan?
Tu lah hobi hampir semua manusia hari
ni.
Tapi, ngumpat punye sedap, keje tak
jalan.
Yang keje tu, bos tengok, abis kena
haruk.
Yang suri rumah sepenuh masa lak,
suami balik tengok sume tak siap,
tarik muka.
Gi makan kat kedai Timah Janda, jeles
lak tuh.
Timah Janda lak kena umpat...

Senangnya Nak Buat Pahala...

Berzikir mengingati Allah tu cukup
mulia.
Allah akan mengingati hambaNya yang
mengingati Dia.
Orang pun tak marah. Makin saspek ade.
Eh! Respek la...
Suami balik tengok keje sume siap,
isteri lak terkumat-kamit berzikir.
Manis je muka.
Nak keluar rumah pun takut rugi.
Beban keje pun kurang terasa...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Bagi orang tamak, kumpul harta memang
takkan cukup sampai bila-bila.
Kejor le harta dunia ni. Makin jauh
dia lari.
Sampaikan ibadah pun terabai, dunia
tak gak dapat?

Senangnya Nak Buat Pahala...

Jadik zuhud tu bukan je mulia, malah
cukup memudahkan.
Takyah nak sibuk?tamak haloba.
Jiran beli TV baru, sofa baru, langsir
baru, lantak ko la.
Sebab dia dapat hutang baru,
kita lak dapat iman yang sentiasa
diperbaharukan.
Mane lagih best?

Susahnya Nak Buat Dosa...

Orang kate "Nak hidup terpaksa la
menipu".
Ha'ah! Hidup la ko kat neraka. Hehe...
Penipu ni bukan setakat Tuhan benci,
manusia pun lebih-lebih lagi.
Kalau tipu duit lagi parah.
Hidup sentiasa dalam ketakutan.
Silap?kantoi, kena ganti.
Tak pun... Saman court dalam... (ikut
gaya Aziz
Satar dalam Bujang Lapok)

Senangnya Nak Buat Pahala...

Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi
manusia &
malaikat, malah Allah akan
sentiasa memberkati hidupnya.
Mungkin dia jadik mangsa pembelit?kat
dunia ni,
tapi dia takkan jadik mangsa
belitan ular kat neraka.
Hidup pun aman, bukan dalam ketakutan.
Bahagia je...

Susahnya Nak Buat Dosa...

Nak lawan hukum Allah bukan senang.
Nak study tu, study nih.
Carik peguam tuh, carik peguam nih.
Buat kempen tuh, buat kempen nih.
Leceh.
Janji yang2, janji yang ni, tapi xterlaksana,
masyarakat marah.....
Dusta belaka.
Ingat upah sana upah sini tu murah ke?
Banyak ooo abiskan duit.
Walaupun bukan duit rakyat, bukan duit
sendiri. Hehe...
Dahla hidup kena laknat, siap booking
name sendiri
kat Malek.
Dunia akhirat tak tenteram!!

Senangnya Nak Buat Pahala...

Cukup senang kalau pakai hukum Allah.
Ini bukan yang manusia buat tapi hukum
yang
turun dari langit.
takde hukum lebih sempurna dari hukum?
Allah.
Inilah hukum2 yang seadil-adilnye.
Tak payah nak fikir?nak rangka rang
undang-
undang baru.
Semuanya dah termaktub dalam Al-
Kitaab.
Selain tuh, hidup pun diberkati.
Ridhwan pun sedia nak sambut dengan
manis muka.
Inilah kemuliaan orang yang
memperjuangkan
Agama Allah.
InsyaAllah..
Renung-renungkanlah ...

Wednesday, November 18, 2009

5 perkara yang lebih elok disebut..!!!



Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:


Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.


Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.


Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?






Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.


Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

4 perkara tersirat

Yang Tersirat di Sebalik 4

4 alamat orang cerdik
1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain

4 alamat orang beriman
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman

4 tanda orang berakal
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya 4 alamat orang rendah
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan 4 yang menimbulkan cinta
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik

4 soal yang membawa keuntungan hidup
1. Benar perbicaraannya 2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih

4 sempurna dengan 4
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan taqwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan

4 mesti dijaga
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

4 macam pencarian
1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan
bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN"

* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
* WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
* WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
* WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
* WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"

listen to quran

Listen to Quran

Template by:
Free Blog Templates