Wednesday, October 6, 2010

jom belajar khat bersama ILUVISLAM.COM




Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh,

Alhamdulillah, saya terasa terpanggil untuk berkongsi sesi ini di iluvislam, dan sekadar maklumat, ada juga thread ini di lama forum lain, ada beberapa forummers mencadangkan sy untuk membuat kelas maya, dan Alhamdulillah saya cuba juga untuk buat kelas menulis khat di forum, agak sukar juga nak jadikannya kepada bahasa membaca...buat permulaan, saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan mengenai seni khat dan jawi dengan mengadakan kelas maya, insyaAllah saya akan cuba mengajarnya dari awal, iaitu dari segi persediaan hingga belajar menulis huruf tunggal, sambungan huruf, dan seterusnya kepada menulis ayat. Di samping itu juga, saya akan cuba menyelitkan sedikit mengenai jawi, ianya berkait rapat dengan bidang seni khat, jadi penguasaan jawi dan khat perlulah seiring gembira

Dan diharapkan juga pada mereka yang ada info atau apa² sahaja berkaitan khat dan jawi bolehlah update disini, dan juga saya mengalu-alukan bantuan dari saudara Effy Saiful (salah seorang crew dalam team management) untuk membantu saya, kerana dia juga ada kepakaran yang samagembira

Buat permulaan kelas ni, perlulah tahu serba sedikit mengenai jawi. InsyaAllah, setiap tujuan ada objektifnya, dan objektif yang ingin saya capaikan dalam kelas ni adalah:
• Dapat mengenali dan mengenalpasti jenis-jenis khat
• Dapat menulis menggunakan tulisan khat Nasakh
• Dapat memahami dan menguasai tulisan jawi dengan baik
• Dapat memahami dan boleh membaca ejaan dan tulisan jawi dengan baik

"Marilah bersama-sama memartabatkan dan membudayakan seni khat dan jawi dalam kehidupan seharian"

Sebelum memulakan kelas, adalah baik kalau kita dapat tahu serba sedikit mengenai pengenalan dan sejarah seni khat ni, Alhamdulillah dapat juga diringkaskan, banyak lagi point yang penting perlu diketahui, tapi bagi saya ini pun sudah memadai gembira
(sila baca dan fahami dengan teliti)

Pengenalan

Khat ialah perkataan arab yang bermaksud garisan. Oleh itu, seni khat bermaksud garisan indah yang membentuk tulisan. Khat juga bermaksud tulisan-tulisan (kitabah) yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni. Tulisan-tulisan arab pula mempunyai nilai dan kaedah tertentu yang mempunyai estetika yang tinggi.

Picasso, seorang ahli seni terkenal di dunia dari Perancis pernah mengatakan, "Selepas aku melihat seni yang terdapat pada Khat Arab, aku mengakui bahwa dunia seni lukis masih terkebelakang dengan kesenian itu ".

Seni khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapi mengandungi nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya.

Sejarah Ringkas Perkembangan Khat

Kajian ilmiah membuktikan bahawa bangsa Arab telah mengenali khat (tulisan) melalui berbagai-bagai sumber yang sampai ke Hijjaz pada abad 6 Masihi. Ianya dibawa masuk oleh ahli-ahli perniagaan Quraisy dan pada waktu itu ia dikenali sebagai tulisan Nabati, Hiri dan Anbari.

Bilangan mereka yang pandai menulis di Hijjaz pada waktu ketika Islam adalah sedikit. Di kalangan suku kaum Quraisy sebelum Islam, terdapat 17 orang sahaja yang pandai menulis antaranya Umar bin Khattab, Ali bin Abu Talib, Uthman bin Affan dan Yazid bin Abu Suffian.

Seni khat pada zaman permulaan Islam

Kedatangan Islam membawa keperluan yang banyak kepada pembangunan tulisan lalu membuka bidang yang luas dalam penulisan dan dakwah secara persuratan. Rasulullah s.a.w. mengizinkan penulisan Al-Quran malah berdakwah dengan menggunakan surat. Rasulullah s.a.w. mengarahkan sahabat-sahabat untuk menulis ayat-ayat al-Quran. Kemudian, penulisan itu terus rancak pada zaman Saidina Abu Bakar r.a. hingga ke zaman Saidina Uthman dengan terhimpunnya Al-Quran Mushaf Uthmani yang ditulis semula sebanyak 6 naskhah dan diedar ke beberapa jajahan Islam.

Seni khat di Alam Melayu

Seni khat mula memasuki Tanah Melayu semenjak abad ke-7 melalui dakwah dan perniagaan yang mula berpusat di Gujerat. Perlak, Sumatera, kemudiannya menjadi pusat penyebaran Islam dan titik berkembangnya seni tulisan Khat di bumi Melayu. Sehingga kurun ke-15, Melaka telah mengambil alih peranan pusat perniagaan dan penyebaran Islam di Tanah Melayu. Islam dan tulisan Khat terus berkembang dan ianya terbukti secara rasminya melalui penemuan batu bersurat Terengganu (1303M).

Seterusnya, seni khat dipelajari di Tanah Melayu melalui pengajian pondok, sekolah-sekolah Arab dan beberapa institusi yang lain. Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim contohnya telah melahirkan ramai guru yang mengajar tulisan jawi suatu masa dahulu. Antara sekolah-sekolah Arab yang telah melahirkan penulis-penulis Khat tanahair ialah Madrasah Al-Attas Johor, Sekolah Sultan Zainal Abidin Terengganu, Madrasah Muhammadiyyah Kelantan, Maktab Mahmud Kedah, Madrasah Al-Ihya Al-Syarif Perak dan lain-lain.

Penulis-penulis Khat tanahair yang tersohor antaranya ialah Syed Abdul Rahman bin Hasan Al-Attas, Haji Wan Salleh Fathi bin Wan Isa serta beberapa penulis muda yang semakin menonjol pada masa kini. Terdapat penulis-penulis tempatan yang telah memasuki pertandingan di peringkat antarabangsa bahkan di kalangan mereka yang kerap menjuarai pertandingan peringkat ASEAN. Adalah lebih baik, bidang penulisan Khat ini disemarakkan kembali di peringkat pembelajaran tanahair samada formal mahupun tidak formal agar ianya tidak pupus dimamah zaman.

Asas-asas penulisan khat
(Sila baca dan fahami dengan teliti)

• Peralatan menulis
Pen khat, kayu resam dan sebagainya. Setiap pena mempunyai kelebihan masing-masing. Bagi mereka yang ingin menceburi bidang ini, digalakkan menggunakan kesemua jenis pena. Pakar-pakar khat biasanya menggunakan pena dari tumbuhan seperti buluh, resam, batang pinang, dan kayu ijuk untuk menulis. Penggunaan pena dari tumbuhan ini memerlukan kemahiran yang tinggi iaitu cara mengasahnya, melicinkan, dan menggunakannya degan baik. Untuk mereka yang baru belajar cara terbaik gunakan pen khat marker, yang mempunyai 3 jenis mata iaitu 1.0 (0.1cm), 2.0 (0.2cm), dan 3.0 (0.3cm) sepertimana yang tertera pada contoh di bawah.




Pena Resam & Buluh

Selain itu, pensel, pemadam, pisau, liquid paper, pen marker, pembaris, set geometri. Sebelum menulis biasanya dilakar dahulu menggunakan pensel, dan yang terbaik gunakan pensel HB (yang kurang pekatnya).

• Kertas
Kertas, buku latihan dan pelapik menulis. Sebaiknya gunakan kertas yang agak tebal, licin dan memudahkan pengeringan dakwat. Kertas yang biasa digunakan ialah Art Paper, Mattart, Tracing Paper atau kertas biasa (seperti A4) 80 GSM ke atas yang licin serta tidak mudah mengembangkan dakwat. Pelapik digunakan bagi menghalang kekasaran pada permukaan meja dan disyorkan pelapik yang digunakan mempunyai grid seperti contoh di bawah







Dakwat, dibeli atau dibuat sendiri. Dakwat yang terbaik ialah yang mempunyai kehitaman yang maksimum, cepat kering ketika di atas kertas, memudahkan pergerakan tangan semasa menulis dan warna yang bersinar (shining) selepas kering. Antara dakwat yang biasa dipakai ialah Holbien, Faber Castell, Calligraphy dan seumpamanya. Dakwat tidak boleh dibiarkan melekat pada mata pena khususnya mata pena besi kerana ianya boleh menghalang aliran dakwat semasa menulis.

Bekas filem biasanya digunakan sebagai bekas dakwat, dan didalamnya dimasukkan span yang dicubit kecil, bertujuan untuk mengehadkan dakwat disedut semasa mencucuh pena ke dalamnya. Ini bagi mengelakkan tulisan di atas kertas rosak dan melimpah dgn dakwat. Kalau sesiapa yang biasa melihat penulis khat yang menggunakan resam atau buluh, acapkali dilihat mencucuh ke dalam bekas dakwat, selalu dicucuh untuk mendapatkan keseragaman dakwat tu apabila ditulis.



Buku Panduan dan latihan. Buku panduan yang terbaik ialah yang dihasilkan di timur tengah oleh penulis-penulis khat terkenal seperti Hashim Muhammad al-Baghdadi, Hamid Hamidi, Syed Ibrahim, dan sebagainya. Setiap buku panduan juga mempunyai pendekatan tersendiri mengikut persekitaran dan budaya penulisan negara masing-masing. Perlu diingatkan, penulisan khat yang terbaik adalah yang mengikut qawaid (undang-undang), ini kerana keseniannya dapat dilihat dengan penggunaan qawaid tulisan yang tepat. Oleh itu, rujukan amat perlu dalam mempelajari seni khat ini, cara yang terbaik adalah dengan berguru.

• Cara memegang pen
- Pen dipegang selari dengan kedudukan kertas 90 darjah.
- Keseluruhan mata pen menyentuh kertas.
- Pen dipegang dengan kadar satu setengah inci dari awal mata pen.

• Suasana semasa menulis
- Suasana mestilah tenang dan kemas.
- Cahaya yang cukup serta tidak melindungi ruang kertas.
- Jarak penglihatan tidak terlalu dekat atau terlalu jauh.
- Perjalanan nafas yang teratur dan tidak penat.

• Psikologi menulis
- Menulis dalam keadaan tenang dan memberi sepenuh tumpuan kepada penulisan.
- Menulis dengan penuh minat bukan sekadar suruhan.

• Latihan
- Menulis bermula dari kaedah yang mudah kepada yang sukar. Contohnya penulisan dengan huruf tunggal diikuti kalimah dan seterusnya ayat.
- Biasakan berlatih menulis menggunakan kaedah yang tepat.
- Setiap tulisan digalakkan diulang sebanyak berkali-kali sebagai latih tubi yang berkesan.

Proses pengajaran dan pembelajaran seni khat merupakan satu aktiviti yang agak sukar dan memerlukan kepada kesabaran dan masa yang panjang di samping azam yang kuat tanpa rasa putus asa. Seseorang yang ingin mempelajarinya perlu diingatkan tentang kepekaan yang tajam semasa mendengar dari pengajar, membaca buku rujukan dan mengambil perhatian yang serius untuk memahami setiap pengajaran terutama dalam espek pengukuhan dan pembetulan.

Sunday, September 26, 2010

Pertandingan FUTSAL Himmat 2010

wahhhhhhhhhhhh... sangat menghiburkan....
Sangat penat,... walaupun kalah pada dua perlawanan pertama, namun semangat untuk terus berusaha untuk mncari kemenangan tetap utuh!!! (hak3)...
Mungkin pertandingan ni nampak seperti biase, nampak seperti hanya suka2, nampak seperti semua kumpulan nak mengejar kemenangan semata2.. tapi sebenarnya banyak perkara yang tersirat dalam pertandingan yang diadakan sebegini...

Rasulullah saw telah bersabda: "Daripada Irbadh bin Sarriyah ia berkata: Rasulullah saw memberi nasihat kepada kami yang membuat hati kami bergetar dan berlinangan air mata (kerana terharu). Kami berkata: Ya Rasulullah, seakan-akan ini adalah nasihat perpisahan maka berilah kami wasiat. Maka beliau bersabda: Aku wasiatkan kepada kamu sekalian untuk tetap bertaqwa kepada Allah dan sentiasa mendengar dan taat walau yang memimpin kamu adalah seorang hamba. Maka sesungguhnya barangsiapa yang hidup di kalangan kamu (berumur panjang) nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak, oleh kerana itu kalian wajib berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah Ar-Rasyidin yang diberi petunjuk, gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara baru yang diada-adakan (dalam urusan agama) kerana sesungguhnya setiap yang baru/bid’ah itu sesat". (Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah)


Dalam riadah Futsal yang dianjurkan oleh Himpunan Mahasiswa matematik 2010 (HIMMAT), yang berobjektifkan mengeratkan silaturahim antara ahli usrah HIMMAT selain meningkatkan kecerdasan akal fikiran dan mengsihatkan tubuh badan seiring dengan hadis diatas supaya tidak berlaku perselisihan antara kita....

Namun, dalam keseronokan beriadah, tetap ada sifat kelalaian manusia pada dunia..,. Jika kita memperbetolkan niat, bermain futsal kerana Allah, mengamalkan sunnah dalam riadah, wah....free je dapat pahalaa...Jika ini yang terjadi pada kita, Alhamdulillah.. Moga Allah permudahkan urusan kita dalam setiap perkara...
Antara sunnah yang boleh dilakukan semasa kita beribadat:
1) mulakan niat kerana Allah
2) mulakan dengan nama Allah
3) niat untuk dakwah dan doa moga Allah limpahkan rahmat pada aktiviti tersebut
4)... banyak lagi sunnah2 yang mampu kita lakukan dan dapat kita kongsikan...
(hu2, banyak lagi, tapi lupe)...


Fuh.. jika ni yang kita selalu amalkan....... Hidayah sleruh alam... InsyAllah... Moga kita mendapat rahmat dan keberkatan dariNya.. Same2 kita doakan supaya dapat kita Amalkan.... INSYAALLAH...

Sunday, September 19, 2010

selamat hari lahir... selamat menghampiri mati

"Selamat hari jadi...." inilah ucapan yang selalu diungkapkan kepada seseorang yang hari lahirnya telah tiba.. n mereka meraikan nya dengan penuh meriah, mengajak rakan2 datang kerumah, manyambut dengan penuh gembira.. sape x suke, orang datang bawak hadiah, betol x... kalu yang kat hostel, kawan2 wat kejutan, siap main baling2 teoung lagikan... hu2.. sungguh seronok....
tetapi seronok ke?????? seronok memang seronok tetapi ingatlah tepung gandum yang dicipta Allah adalah dicipta untuk memberi makan kepada manusia, n mengenyangkan manusia... Tiada siapa yang tahu bahawa tepung itu menangis kerana digunakan pada tempat yang salah.. tepung itu turut menangis kerana sedih melihat kelalaian manusia dalam melayari hari semakin tua... semakin lupa pada dekatnya kematian... Semakin lupa erti sebenar hari lahir... semakin alpa dengan dunia... x salah mnyambut hari lahir dan Rasulullah pun pernah menyambut hari lahir...tapi cara Rasulullah ungguh berbeza dengan umat zaman sekarang... Rasulullah melalukan solat sunnat..puasa sunat.. dan beberapa amalan lain (betolkn kalu salah) bagi mnyambut hari lahir Baginda saw.. tetapi umat zaman sekarang... berpesta... membazir... sehingga lupa diri dan asal usul sebenarnya...
tanpa disedari makin hari, makin tua kita.. makin hari, makin dekat kita dengan ajal yg Allah swt tetapkan untuk kita... Tapi dunia sekarang, lupa.....Semakin hari, makin bnyak dunia masuk dalam hati.. makin lupa pada Allah swt... Hari jadi disambut denga...n nyanyian, parti, pembaziran gandum dan sebagainya, walhal hari lahir atau lebih dikenali sebagai hari jadi adalah untuk mengingatkan manusia kepada kematian adalah sangat hampir dengan diri...terlalu byk dosa..semakin meningkat usia..semakin bertambah dosa dan pahala..ntahlah, yg mana lg byk...klu lah blh dilihat graf dosa pahala nescaya sume org pasti takut...itulah hikmah perkara itu dighaib kan..smoga pahala sentiasa bertambah..dan dosa sentiasa terhapus..aminn.... same2 bnyak2kan beristighfar....

Friday, September 17, 2010

Godaan Syaitan...

GODAAN SYAITAN KETIKA SAKARATUL MAUT…..i

Syaitan dan iblis akan sentiasa
mengganggu manusia, bermula dengan
memperdayakan manusia sejak terjadinya
dengan setitik mani sehingga ke
akhir hayat seseorang hamba Allah itu.

Malah, paling dahsyat ialah sewaktu
akhir hayat iaitu ketika sakaratul
maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu
sakaratul maut disusun menjadi
tujuh golongan dan rombongan.

Hadis Rasulullah s.a.w menerangkan yang
bermaksud: "Ya Allah, aku
berlindung dengan Engkau daripada
perdaya syaitan di waktu maut."

Rombongan Satu
Datang iblis dengan banyaknya serta
pelbagai rupa yang pelik dan aneh
seperti emas, perak dan lain-lain,
serta sebagai makanan dan minuman
yang lazat. Disebabkan orang dalam
sakaratul maut itu pada masa hidupnya
tamak dan haloba kepada barang-barang
itu, maka diraba dan disentuhnya
barangan iblis itu, dan pada waktu itu
nyawanya terputus dari tubuh.
Inilah dikatakan mati lalai dan lupa
kepada Allah s.w.t. Inilah jenis
mati fasik dan munafik, dan ke
nerakalah tempatnya.

Rombongan Dua
Datang iblis kepada orang dalam
sakaratul maut itu dengan menyerupai
binatang ditakuti seperti harimau,
singa, ular dan kala jengking
berbisa. Apabila orang dalam sakaratul
maut itu memandang binatang itu,
dia pun meraung dan melompat sekuat
hati. Seketika itu juga akan putus
nyawa dari badannya. Maka matinya
disebut sebagai mati lalai dan mati
dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t.
Matinya sebagai fasik dan
munafik, dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan Tiga
Datang iblis mengacau dan memperdayakan
orang dalam sakaratul maut
dengan menyerupai binatang yang menjadi
minat orang hendak mati itu.
Kalau orang itu berminat kepada burung,
maka dirupai dengan burung dan
jika dia minat dengan kuda lumba untuk
berjudi, maka dirupakan dengan
kuda lumba (judi). Jika dia minat
dengan ayam sabung, maka dirupakan
dengan ayam sabung yang cantik. Apabila
tangan orang itu meraba-raba
binatang kesayangan itu dan waktu
tengah meraba-raba itu dia mati, maka
matinya dalam keadaan lalai dan lupa
kepada Allah S.W.T. Matinya adalah
mati fasik dan munafik, dan nerakalah
tempatnya.

Rombongan Empat
Datang iblis menyerupai orang paling
dibenci oleh orang yang akan mati,
seperti musuhnya ketika hidupnya. Orang
dalam sakaratul maut itu akan
menggerakkan dirinya untuk melakukan
sesuatu kepada musuh yang
dibencinya. Waktu itulah maut datang
dan matilah ia sebagai mati fasik
dan munafik, dan nerakalah tempatnya.



Rombongan Lima
Datang iblis menyerupai sanak-saudara
orang hendak mati itu, seperti
ayah ibunya, dengan membawa makanan dan
minuman. Orang dalam sakaratul
maut itu sangat mengharapkan minuman
dan makanan, lalu dia menghulurkan
tangannya untuk mengambil makanan dan
minuman yang dibawa iblis yang
menyerupai si ayah dan ibu. Berkata ia
dengan merayu:
"Wahai anakku, ini saja makanan dan
bekalan yang kami bawakan untukmu
dan berjanjilah bahawa engkau akan
menurut kami dan menyembah Tuhan yang
kami sembah, supaya kita tidak lagi
bercerai dan marilah bersama kami
masuk ke dalam syurga." Dia pun sudi
mengikut pelawaan itu tanpa
berfikir lagi, ketika itu waktu matinya
sampai, lalu matilah dia dalam
keadaan kafir, kekal ia dalam neraka
dan terhapus semua amal kebajikan
semasa hidupnya.

Rombongan Enam
Datang iblis menyerupai ulama yang
membawa banyak kitab, lalu berkata
ia:
"Wahai muridku, lama sudah kami
menunggu akan dikau, berbagai ceruk
kami
pergi, rupanya kamu sedang sakit di
sini. Oleh itu kami bawakan kepada
kamu doktor dan bomoh bersama dengan
ubat untukmu."
Lalu diminumnya ubat itu, maka hilang
rasa penyakit itu, kemudian
penyakit itu datang kembali. Lalu
datang pula iblis menyerupai ulama
dengan berkata:
"Kali ini kami datang kepadamu untuk
memberi nasihat supaya kamu mati
dalam keadaan baik, tahukah kamu
bagaimana hakikat Allah?"
Berkata orang dalam sakaratul maut
itu: "Aku tidak tahu."

Ulama iblis kemudian
berkata: "Ketahuilah, aku ulama yang
tinggi dan
hebat, baru kembali dari alam ghaib dan
mendapat syurga yang tinggi.
Cuba kamu lihat syurga yang disediakan
untukmu, kalau kamu hendak
mengetahui zat Allah S.W.T hendaklah
kamu patuh kepada kami."
Ketika itu orang dalam sakaratul maut
itu memandang ke kanan dan ke kiri
dan dilihatnya semua sanak-saudaranya
dalam kesenangan syurga (syurga
palsu yang dibentangkan iblis bagi
mengacau orang dalam sakaratul maut).
Kemudian orang dalam sakaratul maut itu
bertanya kepada ulama palsu:
"Bagaimanakah zat Allah?"

Iblis berasa gembira apabila jeratnya
mengena. Lalu berkata ulama palsu:

"Tunggu, sebentar lagi dinding dan
tirai akan dibuka kepadamu."

Apabila tirai dibuka selapis demi
selapis tirai yang berwarna warni itu,
orang dalam sakaratul maut itu dapat
melihat satu benda sangat besar,
seolah-olah lebih besar dari langit dan
bumi.
Berkata iblis: "Itulah dia zat Allah
yang patut kita sembah."

Berkata orang dalam sakaratul
maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda
yang benar-benar besar, tetapi benda
ini mempunyai jihat enam, iaitu
benda besar ini ada di kirinya dan
kanannya, mempunyai atas dan
bawahnya, mempunyai depan dan
belakangnya. Sedangkan zat Allah tidak
menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci
Dia daripada sebarang sifat
kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula
keadaannya dari yang di ketahui
dulu. Tapi sekarang yang patut aku
sembah ialah benda besar ini." Dalam
keraguan itu, Malaikat Maut datang dan
terus mencabut nyawanya, maka
matilah orang itu dalam keadaan
dikatakan kafir dan kekal dalam neraka
dan terhapus segala amalan baik selama
hidupnya di dunia.

Rombongan Tujuh
Rombongan iblis yang ketujuh ini
membabitkan 72 barisan, kerana dia
menepati iktikad Nabi Muhammad s.a.w
bahawa umat Nabi akan terbahagi
kepada 73 puak (barisan).Satu puak saja
yang benar (ahli sunnah
waljamaah) manakala 72 lagi masuk ke
neraka kerana sesat. Ketahuilah
bahawa iblis akan mengacau dan
mengganggu anak Adam dengan 72 macam,
yang setiap satu berlainan dalam waktu
manusia sakaratul maut. Oleh itu
hendaklah kita mengajar orang yang
hampir meninggal dunia akan talkin:
"Laa Ilaaha Illallah" untuk
menyelamatkan dirinya daripada gangguan
iblis dan syaitan yang akan berusaha
bersungguh-sungguh mengacau orang
dalam sakaratul maut. Bersesuaian
dengan sebuah hadis yang bermaksud:
"Ajarkan oleh kamu (orang yang masih
hidup) kepada orang yang hampir
mati
itu: Laa Ilaaha Illallah." "




sumber dari MUTIARAIMAN...googlesearch

Monday, September 13, 2010










hasil karya aku yang x berapa nak menjadi.... tapi alhamdulillah, bleh la ek...
hu2... Anugerah dariNya..

1)Nurhanis sofiah
2)hazwan
3)salam aidilfitri
4)mohd nur hazwan
5)nurhanis sofiah

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Allah menjadikan puasa sebagai benteng bagi para wali-Nya dan perlindungan bagi mereka daripada tipu daya syaitan dan angan-angan. Sabda Nabi saw:

“Puasa itu perisai”

Dan sabdanya lagi:

“Puasa itu separuh kesabaran”

Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan. Kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya.

Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai daripada terbit fajar hingga tenggelam matahari. Ia adalah diri seseorang yang tidak dapat dilihat. Ia adalah amalan hati yang disertai dengan kesabaran semata-mata. Puasa adalah suatu penentangan terhadap musuh Allah (nafsu dan syaitan) yang bergerak melalui keinginan syahwat.


Kewajipan-kewajipan puasa

1. Melihat anak bulan sebagai tanda awal Ramadhan. Sekiranya tidak nampak, genapkan bulan sya’ban 30 hari.

2. Niat puasa di setiap malam Ramadhan. Contoh niat: Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala. Disunatkan berniat untuk
keseluruhannya iaitu di malam pertama. Contohnya niat: Sahaja aku puasa sekelian bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

3. Menahan diri dari makan minum dan memasukkan sesuatu melalui rongga-rongga di badan.

4. Menahan dari melakukan persetubuhan pada siang hari. Kiranya terlupa, ia tidak dianggap telah berbuka. Puasanya wajib diteruskan.

5. Menahan diri dari mengeluarkan mani dengan sengaja.

6. Menahan diri dari muntah dengan sengaja dan tidak boleh menelan kahak yang sudah sampai di tengah mulutnya.


Perkara yang perlu dilakukan apabila batal puasa

1. Berhenti daripada makan minum dan perkara yang seumpamanya pada baki hari yang masih tinggal – bagi yang tidak berpuasa atau berbuka tanpa sebab. Juga setelah nampak anak bulan pada hari syak (30 Sya’ban sedangkan orang lain tidak berpuasa)

2. Qadha – Kewajipan umum bagi setiap mukalaf yang telah batal puasanya samada dengan uzur atau tidak (umpamanya wanita yang datang haid)

1. Kaffarah – Hukuman bagi yang bersetubuh di siang Ramadhan. Ia termaktub pada tiga hukuman.
• Merdekakan seorang hamba.
• Puasa dua bulan berturut-turut.
• Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin.

(Hanya perlu melakukan salah satu dari yang tiga itu mengikut kemampuan).

4. Mengeluarkan Fidyah – Iaitu mensedekahkan satu hari yang ditinggalkan dengan satu mud (cupak) gandum atau beras kepada fakir miskin. Kemudian puasa itu diqadakan. Begitu juga bagi wanita yang mengandung atau ibu yang sedang menyusukan anak (dikhuatiri dengan puasanya akan memudaratkan bayinya) dan kepada orang tua yang telah uzur kecuali keuzurannya berterusan, hanya perlu membayar fidyah sahaja.


Sunat-sunat puasa

1. Melewatkan sahur
2. Menyegerakan berbuka (dengan tamar dan air).
3. Banyak bersedekah
4. Bertadarus Al Quran
5. Iktikaf di dalam masjid pada 10 hari terakhir dari Ramadhan.


Tingkat puasa

1. Puasa Umum – Menahan perut dan kemaluan daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.

2. Puasa Khusus – Pengekangan seluruh pancaindera daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.

3. Puasa Khususul-Khusus – Berpuasa dengan menyertakan semua yang tersebut dan ditambah dengan puasa hati iaitu membersihkan hati daripada segala cita-cita yang kotor dan lalai daripada Allah Taala.


Rahsia-rahsia Puasa

1. Mengawal pandangan daripada melihat perkara tercela yang boleh mengganggu hatinya dari mengingati Allah.

2. Memelihara lidah daripada berkata perkara-perkara keji.

3. Memelihara pendengaran daripada mendengar perkara-perkara yang dilarang.
4. Memelihara perut daripada menerima makanan yang syubahat dan membatalkan puasa.

5. Tidak digalakkan banyak makan di waktu berbuka sekalipun daripada rezeki yang halal.

6. Hendaklah hati berasa bimbang antara takut dan harap kerana tidak mengetahui adakah puasanya itu diterima Allah atau tidak. Sabda Nabi saw:

“Ada orang yang berpuasa tetapi dia tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya itu selain daripada lapar dan dahaga.”

fadhilat Ramadhan


Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan." Sabda baginda dalam hadis yang lain, "Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan."

(i) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.

(ii) Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.

(iii) Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari siksa api neraka.

(iv) Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.

(v) Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.

(vi) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.

(vii) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.

(viii) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.

listen to quran

Listen to Quran

Template by:
Free Blog Templates